Susu ibu adalah yang terbaik!!!



Ramai ibu2 dah sedar yang penyusuan ibu adalah terbaik untuk simanja kan…ramai ibu2 berkerjaya dapat menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun

image

Walaupun sibuk dengan kerja pejabat yang berlambak2…tapi ibu2 masih berkesempatan mengepam untuk membuat stok susu semasa ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska…

Namun, apa yang menyedihkan ramai juga ibu2 yang tidak bekerja tidak secekal ibu2 yang berkerjaya…masih ada yang memperkenalkan simanja dengan susu formula walaupun memegang jawatan suri rumah sepenuh masa…alasan biasa di dengar…
‘susah bila nak pergi jalan’,
‘susah nak tinggal baby’,
‘anak manja dengan ibu’,
‘anak sentiasa nak berkepit, susah nak buat kerja’
‘susu formula lagi bagus, anak cepat besar dan tembam’
‘anak minum susu ibu kecil dan slim je’
‘susu tidak ada’

image

Sayang sangat kan…sepatutnya mereka la yang senang nak menyempurnakan penyusuan ibu sehingga 2 tahun…kecuali keadaan yang memaksa…istilah tiada susu tu rasanya boleh diusahakan…sebab yang tiada anak pun boleh keluarkan susu yang banyak untuk menyusu anak angkat jika berusaha dan dapatkan nasihat dari yang pakar…

Apapun tak semua bernasib baik kan, semua adalah ketentuan Ilahi…kita hanya mampu merancang dan berusaha…selebihnya Allah yang tentukan…

Bagi yang bernasib baik, sebolehnya usah perkenalkan susu formula untuk simanja…pengurusan susu formula bagi saya sangat leceh…berdasarkan pengalaman…anak pertama minum susu formula sebab tidak ada ilmu…namun kedua dan ketiga menyusu ibu sepenuhnya…

Walaupun berkerja, alhamdulillah husna yang dah 7 bulan masih menyusu susu ibu sepenuhnya…semoga berjaya sehingga 2 tahun….amin…

image

Ada juga yang cakap kepada ibu2 yang berkerja…’ala…tak payah la sayang duit sangat untuk beli susu formula tu…susu formula la elok untuk perkembangan anak2…’

Tapikan, adakah mereka tahu…untuk ibu yang berkerjaya, rasanya banyak pelaburan yang mereka buat…bukan ratus…tapi beribu…sya sendiri dekat rm2000 untuk menyediakan peralatan menyusu…seperti pam, peti ais, storage bottle dan lain2 yg berkaitan dengan penyusuan…tk kira lagi yang beli pam freestyle madela yang rm1500+++…terbaik la… ~@^_^@~

image
Setiap tin susu formula akan tulis “SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK”

♡ live blogging ♡

5 thoughts on “Susu ibu adalah yang terbaik!!!

  1. Ummi Hanie April 18, 2013 at 5:16 pm

    salam kak sya…

    lama x nyembang kat blog kan…

    jap je dah besor bby.. sebijikkk mcm kakaknya 😉

    • syamila May 4, 2013 at 5:25 pm

      Salam hanie…itula…cuma perangai tu ok dari kakaknyer…hehehe

  2. ibu Batrisya April 6, 2013 at 12:12 pm

    ye setuju!!!! susu ibu yg terbaik dan xde apa boleh mengatasi khasiatnya

    • syamila April 6, 2013 at 1:59 pm

      Kan….dah la percuma.. #^_^#

  3. Oneblogsocial March 17, 2013 at 10:44 pm

    Susu ibu adalah yang terbaik,inipun yang di katakan isteri saya.Namun apalah daya sebagai kaki tangan kerajaan.
    Oneblogsocial recently posted..Rich SnippetsMy Profile

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge