Tudung kanak-kanak


Tahap kesedaran masih lemah

Semalam pergi klinik untuk imunisasi husna 6 bulan…macam biasa penat la menunggu nombor giliran…sampaikan husna tertidur sambil menyusu….

image


Yang menyedihkan…selama 3 jam menunggu dengan penuh kesabaran…ramai ibu-ibu menyusukan bayi dengan susu formula…yang menyedihkan lagi bayi baru berumur bawah 3 bulan…

Nak tanya kenapa tapi kami duduk berjauhan…pendam je dalam hati…sedih & pilu pun ada…berkemungkinan ibu-ibu tersebut tidak ada susu…tapi yang sebenarnya semua ibu mempunyai kuantiti susu yang mencukupi jika berusaha dan cari ilmu tentang penyusuan…walaupun ada juga yang tak berjaya sepenuhnya untuk penyusuan sepenuhnya selama 6 bulan tapi bagi mereka yang bersemangat kental untuk bagi yang terbaik untuk bayi, mereka akan minimumkan pemberian susu formula

Apapun tak baik berburuk sangka kan…boleh jadi juga ibu tersebut tidak ada tahap kenyakinan yang tinggi untuk menyusu dikhalayak ramai

Bagi sya, tak ada masalah untuk menyusu husna di tempat awam…cari tempat dan pakai baju & tudung yang bersesuaian…dan teruskan menyusu

Update post ni pun sambil menyusu husna dan menunggu giliran untuk dipanggil…O(∩_∩)O

♡ live blogging ♡

Comments

  1. […] Minggu 12. Hujung minggu 13. Jumbo Chiller 14. Review Unimom Forte 15. Pemilihan breast pump 16. Tahap kesedaran masih lemah 17. Indahnya saat itu 18. Bila bayi tidak poopoo@berak 19. Kebaikan Susu Ibu 20. Susu ibu adalah […]

  2. zie fauzi says:

    bukan tu je kak sya,zie pernah tgk baby dibaginya air kosong..baby baru lahir..kesian zie tgk…nk menegur nti ckp kita memandai je…

    zie kalau bawa humaira ke klinik siap2 susukan dia di rumah..xde keberanian lg nk susu kt public..kalau dh terdesak sgt zie cari tmpat2 yg tersembunyi sikit…paling tidak pun lari masuk kereta…hihihi…

    tah bila nak ada keberanian tu x tahu la..mencuba jgk..harap2 ada perkembangan positif…
    zie fauzi recently posted..Perkembangan Bayi Sejak Lahir Hingga Dua TahunMy Profile

    1. syamila says:

      Practice make perfect… #^_^#

  3. puanbee says:

    saya pun redah je menyusu , kalau baju tak sesuai ke pasaraya saya cr surau utk nyusukan anak , nak malu apa ..

    ramai yg ckp susu tk cukup , tp sebenarnya cukup kena sabar sikit la bg susu kat anak ..
    puanbee recently posted..Info : peluang melanjutkan pelajaran percuma di MaghribiMy Profile

    1. syamila says:

      Itula…sabar tu penting…

  4. Ummi Hanie says:

    kesian + sedih kan…

    hanie pun redah je nursing in public. lantaklah org nak kata apa, bukannya baut kerja x senonoh kannn…

    yup skrg ni mmg prefer baju/shirt/jubah nursing-frenly… tudung pun bior besor sikit ye dak
    Ummi Hanie recently posted..Antara Rania dan Iffah, yang mana jadi pilihan?My Profile

    1. syamila says:

      Betul tu…sokong sepenuhnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge