Diari Adik Husna



Abah cakap adik tak nak minum susu formula aka FM sebab susu tu bau lembu…hmmm…ada bau lembu ke…pandai je…hik3

Adik tak nak minum susu FM sebab adik lebih suka susu ibu la…lagipun susu ibu masih banyak…alhamdulillah…jadi buat apa nak suruh adik minum susu FM kan…minum je la susu ibu aka SI…

Lagipun SI ni banyak khasiat dan sedap hingga menjilat jari…tenguk la badan adik ni…tok umi cakap macam sumo…hikhikhik

Adik pun membesar dengan sihat hingga sekarang…sekarang adik dah pun 4 bulan…berat 3 bulan 7 kg…4 bulan tak tahu sebab ummi malas nak bawa adik pergi klinik

Ummi cakap…bulan ni adik tak payah pergi walaupun nurse suruh sebab tak perlu suntik…next month baru adik kena suntik…lagipun adik sihat je…alhamdulillah

Setiap hari ummi pam susu untuk adik…kalau ummi kerja adik minum SI guna botol…tapi kalau ummi tak kerja adik tak akan minum guna botol walaupun ummi bagi…tak original la guna botol…hik3…sejam sekali mesti adik menangis nak susu…dah 5 hari adik tak duduk dalam pelukan ummi disiang hari…dari 9 pagi hingga 6 petang…bila menyusu adik boleh rasa keharuman badan ummi…walaupun ummi tak mandi…hahaha

Biasa kalau adik menyusu mesti adik akan tertidur…sebab masa tu buatkan adik berada diawangan…berada dalam pelukan ummi dan minum SI yang sedap….adik paling suka kalau ummi makan ice cream coklat sebab nanti susu ummi ada perisa coklat…hehehe

Ummi pun tak nak diet…makan je apa yang boleh dimakan…sebab ummi sayang adik…ummi nak pastikan susu sentiasa mencukupi untuk adik sehingga adik 2 tahun…adik kalau boleh tak nak minum susu FM…sebab adik kesian ummi dan abah kena keluar belanja yang banyak nanti…lagipun buat susah ummi je kena bangun malam2 nak bancuh susu..nak pergi mana2 pun kena bawa banyak barang2 untuk penyusuan adik

Lagipun setiap tin susu FM akan tertulis “SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SI MANJA”…jadi sebab tu ummi usaha untuk memastikan SI sentiasa mencukupi untuk adik…ummi cakap adik tak akan minum FM jika tak terpaksa…FM hanya sebagai penyelasaian terakhir…selagi terdaya ummi akan terus berjuang…

Ummi sanggup bangun malam2 pam susu…untuk memastikan bekalan susu adik cukup…abah sanggup beli peti baru untuk ummi simpan susu adik… 🙂

Babysitter aka mama pun senang je nak bagi susu kat adik…tak perlu bancuh2…ambil botol yang ummi dah bekalkan dalam coolerbag, rendam dalam air panas 40’c…lepas 5 minit boleh la bagi adik minum…kalau susu dalam botol tu dah habis…mama simpan je dalam coolerbag semula…tak perlu basuh2…malam nanti ummi akan basuh dengan sabun Pureen…setiap botol susu ummi nak siap2 label dengan no 1 – no 5…botol no 1 & no 5 biasa ummi bekalkan dengan fresh atau chilled ebm…botol no 2 – no 4 frozen ebm…botol2 susu tu ummi dah letak puting siap2…nak bagi mama senang nak uruskan susu EBM adik…

Fresh EBM : susu ibu yang baru dipam…belum disejukkan dalam fridge

Chilled EBM : susu ibu yang telah disimpan dalam chiller (rak yang paling dekat dengan freezer dan ada penutup…biasa ada gambar ikan & daging)….tahan 3-5 hari dan selepas tamat tempoh kena pindahkan ke bahagian beku untuk buat stok

Frozen EBM : susu ibu yang telah disejuk beku…tahan 3 bulan guna peti 2 pintu, 6 bulan deep freezer, 2 minggu peti 1 pintu

Adik sayang ummi & abah…minum SI senang untuk ummi keluar bawa adik, kakak dan abang jalan2 sebab bila adik lapar je ummi pun suakan je susu yang memang dah tersedia…;-)

4 thoughts on “Diari Adik Husna

  1. umialya December 17, 2012 at 2:55 pm

    Lamanya akak tak sinngah ke sini, besar dah Husna
    umialya recently posted..Pencarian Top CommenterMy Profile

  2. Ladfe Amir December 16, 2012 at 1:27 pm

    tembam pipi adik husna. berkat minum susu ibu nampaknya. semoga adok husna kekal sihat waafiat.
    Ladfe Amir recently posted..Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

  3. Denaihati December 7, 2012 at 8:39 pm

    memang nampak sihat sangat Adik Husna, geram…
    Denaihati recently posted..Cepat sangat belanja macam orang kayaMy Profile

    • syamila December 8, 2012 at 4:42 pm

      Alhamdulillah…

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge