Tudung kanak-kanak


Mother’s Room at Hewlett Packet

Bila nak pergi shopping, masalah utama ibu2 yang bf ni adalah mencari tempat yang sesuai untuk menyusu anak masing2…bagi yag pakai tudung labuh ok…cuma kena cari tempat yg sesuai sket…tak pun pakai shawl…tapi tak semua ibu selesa pakai shawl ni…sebab si kecil suka selak2…tak pun tangan kecil tu tak boleh nak duduk diam…

Harap sangat pusat2 membeli belah sediakan lebih banyak bilik2 yang selesa untuk ibu2 menyusu ni kan…dan memberi lebih kesedaran kepada ibu & bapa untuk menyusu anak sekurang2nya 2 tahun…

Lagi satu masalah untuk ibu yang menyusu ni adalah untuk buat sesi mengepam di waktu pejabat…tak semua pejabat menyediakan bilik khas untuk menyusu…ramai ibu menyusu di surau…bagi yang bekerja di syarikat kecil, kemungkinan untuk pam disurau tak ada masalah sebab kedudukan surau yang dekat…

Macam sya kerja dekat syarikat kecil je…surau pun sebelah bilik je…jalan 20 langkah dah sampai…peti ais pula dalam bilik bos…depan meja je pun…siap pam simpan dalam peti…sorry yea bos…saya nak simpan susu….jangan minum udah le…susah pula jadi anak susuan nanti….hehehehe….

Tapi bagi yang bekerja di syarikat yang bertingkat2…memang akan ada masalah la kan…nak pergi kesurau tu dah ambil masa…akhirnya pam di tempat duduk je…

Tapi yang paling best adalah bila ada sebuah syarikat yang menyediakan khas bilik khas untuk ibu2 yang menyusu anak seperti yang terdapat di Hewlett Packet (HP)

Gambar ni sya ambil di group facebook KIM…best kan…seronok je tengok bila ada syarikat yang menyokong ibu2 menyusu…lagipun suus ibu adalah yang terbaik untuk simanja…kalau nak dibandingkan dengan susu jenama yang paling mahal…kannnn…

Tapi tak semua ibu2 diberi kelebihan untuk menyusu sepenuhnya sehingga 2 tahun…bagi ibu2 yang ada masalah dalam penyusuan ibu, mereka terpaksa beri anak minum susu fm…semoga ibu membuat pilihan yang terbaik dalam pemilihan susu untuk diberikan untuk anak2…

Sya alhamdulillah masih dimurahkan rezeki menyusu husna dengan susu ibu sepenuhnya sehingga sekarang…dah 4 bulan…masih jauh perjalanan…semoga susu sentiasa mencukupi untuk husna…amin…

Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau boleh dijadi akta supaya mewajibkan ada kemudahan ini di premis kerajaan, swasta dan komersial.
    akubiomed recently posted..Ambil berat untuk berkongsi PRUkasihMy Profile

    1. syamila says:

      Bagus jgk tu…. #^_^#

  2. Ummi Hanie says:

    baguslah Hewlett, buat inisiatif mcm tu

    shopping complex mcm Aeon pun xsilap Hanie, ada nursing room.. tp Hanie redah je… mana2 ada tempat duduk, lindung sikit dgn baju, tudung, DF je… lantakle org nak kata apa :p

    kihkih… klako le kak sya cakap pasal bos jadi anak susuan tu 😛
    Ummi Hanie recently posted..Temujanji dengan si gadis Palestin yang comelMy Profile

    1. syamila says:

      Sama la kita….menyusu di mana jua…he3

  3. Juan says:

    baguslah ada tempat khas disediakan
    Juan recently posted..Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012My Profile

    1. syamila says:

      Itula…jarang ada syarikat yg support camtu kan

  4. eiela says:

    susu ibu bagus untuk anak-anak
    eiela recently posted..Istiqamah Dalam KehidupanMy Profile

    1. syamila says:

      Betul…yang terbaik utk simanja terasayang

  5. Kak Mahh says:

    Bagusnya…ini satu khidmat sosial ofis untuk kakitangan.
    Kak Mahh recently posted..Selamat tinggal HanoiMy Profile

    1. syamila says:

      Semoga byk lg sy yg menyokong ibu2 yg bf ni

  6. Denaihati says:

    inisiatif terbaik dr hp, jarang dengar ada kat company lain, patut dicontohi. ibu2 juga jangan salah gunakan, nanti kena tarik kelebihan ni.
    Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 9My Profile

    1. syamila says:

      Setakat ni tak pernah dgr lagi….insya allah akan bertambah suatu hari nanti…harap2 ibu pun tk de la salah gunakan kemudahan tu nanti…insya allah

  7. zie fauzi says:

    mujur la zie tak bekerja… anak lapar je terus baring sekali dgn anak… stok susu plak zie cuma simpan utk emergency. itu pun tak lebih 2 minggu sbb peti ais kat rumah jenis satu pintu… sebelum cukup 2 minggu kena habiskan pastu buat stok ygf baru…
    zie fauzi recently posted..54 Hari | Manisnya Senyuman MuMy Profile

    1. syamila says:

      Kak sya masa tk kerja dulu lps pregnant ke ira mmg tk pam pun…df sepanjang masa…nak pergi mana2 bawa…tak pernah tinggal anak2…mmg tk blh tinggal pun even nk pergi pasar…kuat menangis…tak de sapa sanggup jaga…hik3

  8. puanbee says:

    dulu masa sy kerja tak de bilik mahupun peti ais kak , susah lah nak pam , last2 bg je susu botol tu yg tk lama anak menyusu ..
    puanbee recently posted..Percubaan Pertama Buat Tart Telur – Buruk!My Profile

    1. syamila says:

      Sama la cam k sya dulu…ahmad pun campur minum susu botol…dan sempat menyusu sampai 7 bln je…lps tu susu kering…huhuhu…masa tu pula termengandung ke ira…hik3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge