Breastfeeding Journey



Hari ni cuti…bestnyer duduk kat rumah…3 hari cuti nampaknya duduk rumah je la layan keluarga….tiada plan pun nak bercuti…sebab next month ada plan besar…hehehe…

Cuti2 ni baru la abang dan kakak boleh main dengan husna sehari suntuk…sampai sikecil tu nak tidur pun tak boleh…tapi walaupun husna tak tidur dia tak de meragam sangat…

Pagi2 lagi dah minum sebotol susu…(susu ibu yang telah diperah)…sebagai ganti sesi penyusuan, sya buat kerja mengepam selama 30 minit…selesai….lepas ni memang kena gigih mengepam sebab permintaan husna dah semakin tinggi…camni la ibu yang berkerja…kena berkorban sedikit masa untuk buat sesi mengepam….untuk memenuhi keperluan anak tersayang…

Bagi ibu yang tidak bekerja, beruntungla tak perlu buat sesi mengepam…anak nak bagi je kan…

Tapi anak juga suara2 sumbang minta ibu2 yang breast feeding ni untuk bagi susu formula…antaranya “kenapa tak bagi susu jenama mahal tu…baru la sihat sikit anak tu…tak payahla kedekut sangat dengan duit”…

My Breastfeeding Journey

Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Cuti2 ni la juga husna kena buli dengan kakak dan abang….ada2 je budak ni punye idea…hehehe

Sikecil husna pula tersengih2 bila abang dan kakak buli dia…tapi kalau dah lapar tu kan, dia meraung boleh dengar satu taman..nasib baik duduk rumah kampung…kalau tak mesti jiran dok bising…hik3…

Tengok la tu…boleh budak2 ni pakaikan plastik buat cam topi….hehehe…kualiti gambar tak cantik sebab kakak snap guna Ipod dari jarak jauh…kalau dekat ok sikit…jadi la tu…asalkan boleh nampak gambar husna bergaya dengan topi klasik… 😉

5 thoughts on “Breastfeeding Journey

  1. MaMaRey November 16, 2012 at 9:24 am

    susu ibu adalah yg terbaik untuk anak kita..banyak kebaikannya

    • syamila November 17, 2012 at 11:03 am

      Betul tu…tp bg yg tk blh full bf pastikan ibu memilih susu terbaik n sesuai dgn anak2…sya dulu pun tk full bf…mak tk de susu…huhuhu…

  2. Denaihati November 15, 2012 at 2:20 pm

    salam maal hijrah. terperanjat dgn suara2 sumbang gitu, macam tak faham je…kalau boleh ramai orang yg nak bfeeding.
    Denaihati recently posted..Selangkah Melangkah HijrahMy Profile

    • syamila November 15, 2012 at 2:35 pm

      hmmm…entahla…yg komen tu pun makcik2…tak boleh nak bangkang…iyer je la…senyum dalam keterpaksaan….hehehe
      terima seadanya yg penting akan berjuang selagi termampu…amin…

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge