Tudung kanak-kanak


Foremilk vs Hindmilk

Orang Dulu2 Cakap…Kalau Nak Menyusu Anak Kena Bagi Belah Kanan Dulu, Baru Belah Kiri…kononnya belah kanan itu nasi, belah kiri air…jadi ikut teorinye kena lah makan nasi dulu baru minum air kan…

Kalau ikutkan yang sebenarnya, kedua2 belah sama je khasiatnya… iaitu baby akan mendapat khasiat foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) setiap kali sesi penyusuan….

Tiada istilah belah kanan “nasi” atau belah ‘kiri” air yea ibu2 sekalian… (^_^)

Biasanya 10 minit pertama lebih banyak Foremilk (susu agak cair kerana mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan berperanan untuk menghilangkan dahaga), selepas tu baru baby akan mendapat khasiat Hindmilk  (susu agak pekat, kurang air tetapi mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan berperanan mengenyangkan bayi serta mempunyai kalori yg tinggi dan penting untuk memberi tenaga serta tumbesaran baby)…

Sebab tu ibu2 digalakkan menyusu bayi sekurang2nya 15 minit untuk memastikan bayi mendapat khasiat yang secukupnya…

Ada juga ibu2 yang terlebih dahulu mengepam sebelum bagi bayi menyusu…bagi membolehkan bayi mendapat lebih banyak Hindmilk.

 Foremilk (susu awal)

Susu agak cair kerana mengandugi air yang banyak, mengandungi kurang lemak dan berperanan menghilangkan dahaga

Warnanya kehijauan atau kebiruan

Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga laktosa untuk perkembangan otak bayi

Hindmilk (susu akhir/belakang)

Susu agak pekat kerana kurang air tetapi mengandungi lemak yang tinggi dan berperanan mengeyangkan bayi

Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’

Mempunyai kalori yang tinggi untuk memberi tenaga serta tumbesaran bayi

Comments

  1. […] Info : Susu awal adalah untuk menghilangkan dahaga, manakala Susu Akhir lebih mengeyangkan bayi. Lagi info boleh rujuk di SINI. […]

  2. […] Info : Susu awal adalah untuk menghilangkan dahaga, manakala Susu Akhir lebih mengeyangkan bayi. Lagi info boleh rujuk di SINI. […]

  3. […] Info : Susu awal adalah untuk mengeyangkan, manakala Susu Akhir lebih mengeyangkan bayi. Lagi info boleh rujuk di SINI. […]

  4. […] 10. Menyusu bayi sekurang2nya 15 minit – 20 minit untuk memastikan bayi mendapat khasiat Hindmilk dan […]

  5. […] susu ibu, 80 peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang […]

  6. […] Maksudnya, makan mana2  set Milk Booster yang ada dipasaran dan pam setiap selang 2/3 jam….kalau tak dapat pam setiap 2/3 jam…pam mengikut kesesusaian masa ibu2….yang utama minimum pam sepanjang berada di pejabat yang masa bekerja 8 jam adalah 2 kali….ibu2 kena pastikan masa mengepam adalah sama yea….dan menyusu bayi ibu2 mengikut permintaan…menyusu sekurang2nya 20 minit untuk pastikan bayi mendapat HindMilk dan ForeMilk… […]

  7. Ummi Hanie says:

    baru tau pasal foremilk hindmilk ni… 😉
    Ummi Hanie recently posted..Temujanji dengan si gadis Palestin yang comelMy Profile

    1. syamila says:

      K sya pun…tu pun lps join group KIM

  8. syamila says:

    update blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge