Kehamilan – Minggu ke 27



Sekejap je masa berlalu…rupanya dah masuk minggu ke 27…badan pun rasa tak selesa bila nak tidur dan buat kerja2 harian. Lagi2 bila batuk menyerang…alahai…betapa tak selesa nye…bila batuk je mesti kena berkejar ke bilik air…maklum la kan bila pregnant di usia yang dah masuk 35 tahun ni…macam2 masalah…tapi Alhamdulillah…masalah serius yang lain tak ada…cuma sakit2 badan dan cepat semput je…

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.- babycenter

Bila tengok gambar baby kedudukan macam tu kan…tapi baby yang kat dalam perut ni suka sangat duduk melintang…bahagian atas kosong…sesekali je dia tukar kedudukan…itupun selepas sya bercakap2 minta dia tukar tempat…sebab memang tak selesa…

Tak kisahla macam mana pun posisi baby, yang penting baby sihat walafiat…Insya Allah…harap2 nanti bila dah sampai due baby berada dalam posisi yang sepatutnya…

Bila baby bergerak2, sya selalu panggil Ahmad & Ira rasa perut….apalagi suka la budak2 tu…lepas tu mula la tanya, “ummi, bila baby nak keluar…lambat nye…” alahai anak2…sabar2 la yea…tak sampai pun 3 bulan lagi baby akan deliver…ummi pun tk sabar jugak ni…excited juga …almaklumla kan dah lama tak pegang baby kecil…Ira pun dah 5 tahun…

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. – babycenter

Bab kejang kaki tak selalu sebab memang sentiasa berhati2…tapi bab susah bernafas tu selalu…tambah2 di pagi hari…penat uruskan 2 orang budak nakal pergi sekolah…dah tu kena hantar sampai muka pintu…dah la kena panjat tangga…penatnye tak boleh nak cakap…kena berehat sebentar sebelum dapat meneruskan perjalanan balik….he3….

Sekian…

11 thoughts on “Kehamilan – Minggu ke 27

  1. Ummi Hanie May 14, 2012 at 4:08 pm

    ye aslkan ibu dan baby sihat…

    tp klu boleh nk bersalin nnti, baby duk posisi leklok yea…

    hanie pun masa preggy aritu aktif mcm kak sya ler.. antor ambik anak sekolah… dgn suami pegi outstation sebulan lebih.. semuanya kite kena buat… insyaAllah dpt anak nnti, kuat smgt 😉
    Ummi Hanie recently posted..Tips melajukan Internet di komputer desktop (PC) dan komputer riba (Laptop)My Profile

  2. zie fauzi May 8, 2012 at 1:54 pm

    tak lama dah tu kak sya.. duk menghitung hari tak sedar dh makin dekat hari nya.. perut pun semakin membesar… kan…
    zie fauzi recently posted..Ebook Cara Jahit Baju KurungMy Profile

    • SyamilaMohd May 8, 2012 at 7:03 pm

      hari2 tengok kalendar…hahahaha

  3. Izzuddin Fauzi May 8, 2012 at 1:14 pm

    😀 seronok dapat baby yer~~ 😀
    Izzuddin Fauzi recently posted..Sesi ‘Makan Anggur’ dan TidurMy Profile

    • SyamilaMohd May 8, 2012 at 7:02 pm

      seronok sangat…tk sabar nk tunggu baby keluar ni…hik3

  4. Myra Jay May 8, 2012 at 11:29 am

    Alhamdulillah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan..

    Suka tengok perut orang ada bb, ntah bila nak merasa camni jugak 🙂
    Myra Jay recently posted..Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.ComMy Profile

    • SyamilaMohd May 8, 2012 at 7:01 pm

      amin…insya allah akan tiba juga giliran myra nanti…sabar dan banyakkan berdoa…

  5. yanmie May 7, 2012 at 8:49 pm

    Salam Kak Sya,

    Bestnya Kak Sya, tak lama lagi dapat lah cium baby lagi hehee, semoga semuanya dipermudahkan, amin 😀
    yanmie recently posted..Tutti Frutti 1 UtamaMy Profile

    • SyamilaMohd May 8, 2012 at 7:01 pm

      insya allah…dh lama kan tk cium bau baby…kak sya sebenarnya dh lama nk..tp hubby pula yg tk nak lagi…kiranya mula usaha nk dpt baby awal tahun lepas, tp selalu je terbabas…maklumla dh biasa rancang sendiri, mula pertengahan thn baru consistent…alhamdulillah menjadi…hik3…

  6. Jebeng Otai™ May 7, 2012 at 8:21 pm

    byk kan rehat..sempt lagi berblogging ya.. 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..PuasaMy Profile

    • SyamilaMohd May 8, 2012 at 6:57 pm

      itula…dh lama tk involve…skrg ni je tetiba ada mood…layan je la…hik3

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge