Penyusuan Susu Ibu



Kanser Payudara

Promosi Mealshakes

Assalamualaikum…

Semua sedia maklum, kanser payudara merupakan salah satu kanser yang amat ditakuti oleh golongan wanita. Oleh sebab itu kita di sarankan untuk sentiasa membuat sendiri pemeriksaan payudara untuk mengesan tanda2 awal kanser.

Rawatan awal mungkin akan dapat menyelamatkan seseorang daripada masalah kesihatan yang bertambah buruk.

Sya dulu pun pernah ada tanda2 kanser payudara, mengikut rawatan perubatan traditional, itu memang kanser…tapi sya tak buat pun pemeriksaan lanjut ke hospital sebabkan malas, lagipun selepas sebulan buat rawatan tanda2 tu dah hilang. Walaupun dah hilang tapi sya terpaksa berpantang makan juga, dah lupa tapi berbulan2 juga la makan nasi dengan ikan bakar sampai naik jemu. Kadang2 tu curi2 juga makan makanan berminyak tapi biasa ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Pengalaman sendiri boleh baca di SINI dan petua untuk cegah kanser pula di SINI

Jadi bila buat pemeriksaan bulanan untuk ibu mengandung ni kan, nurse selalu tanya camne boleh sembuh. Sebabkan tak ada pengesahan daripada pihak hospital, jadi sya cakap je la, awal2 je diagnosis kanser tapi tak de rujuk mana2 hospital. Kiranya itu bukan kanser hanya ketumbuhan biasa yang amat menyakitkan….he3

Tapi setiap kali buat pemeriksaan nurse selalu pesan, nanti setiap bulan buat pemeriksaan sendiri kat rumah, kalau rasa ada sesuatu yang luar biasa terus buat pemeriksaan di hospital.

Bagi yang tak tahu cara2 buat pemeriksaan sendiri tu kan boleh la rujuk di SINI yea.

Kanser Payudara – Punca, Gejala dan Rawatan

Tapi kaum lelaki pun berhadapan dengan risiko untuk mengidap kanser payudara yea, bukan kaum wanita sahaja, jadi kaum lelaki di luar sana sentiasa mengambil langkah2 berjaya dengan membuat pemeriksaan dihospital jika ada tanda2 yang luar biasa.

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki 

Apapun terdapat 6 penyakit bukan barah payu dara – Mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan barah payu dara

1. Fibrosistik

Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.

Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.

Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.

Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.

“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6,”

Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.

2. Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

3. Nekrosis lemak

Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.

Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.

4. Radang payu dara(mastitis)

Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.

Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.

Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.

5. Galaktorea

Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.

Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).

Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.

6. Ektasia duktus (duct ectasia)

Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.

Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.

Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.

Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.

Sumber : SINI

Sekian…

Tagged: , , , , , , , ,

Comments: 9

  1. syamila January 7, 2013 at 2:52 pm Reply

    Assalamualaiku….salam ukhwah juga dari saya…. *^▁^*

  2. Nazri May 9, 2012 at 9:37 am Reply

    Ada kawan (doktor) bgtau, antara sebab utama perempuan kena kanser ialah gincu yang ada plumbum. dia cakap kalau nak test samaada gincu tu ada plumbum, tonyohkan gincu pada kertas aluminium, klu ada minyak kehitaman, itu tanda ada plumbum
    Nazri recently posted..Hukum menggulingkan kerajaanMy Profile

    • SyamilaMohd May 10, 2012 at 12:15 pm Reply

      macam tu yea…nasib baik sye jenis yang tk pakai gincu…

  3. Jebeng Otai™ May 6, 2012 at 2:29 pm Reply

    lelaki pon kene baca juga..utk info tambahan :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Rugbi dan Lelaki KacakMy Profile

  4. puanbee May 6, 2012 at 1:30 pm Reply

    takut betul kak…

    wah kak sya ada iklan google juga jelesssss
    puanbee recently posted..Resepi | Sotong Goreng Kunyit Versi PuanbeeMy Profile

    • syamila May 6, 2012 at 1:38 pm Reply

      bee…account google adsense ni dh lama kak sya daftar…lepas blog lama (3 thn yg lalu) stop, sampai skrg ni baru kak sya aktifkan balik..sbb syg duit yg dlm tu tk blh cash out… (belum cukup pun lagi…hik3)…tp blh la…
      syamila recently posted..Kanser PayudaraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge