Walaupun pasukan Terengganu kalah tapi bagi sya Terengganu tetap juara….ala…bola kan bulat bak kata MZ…jadi kalau nasib baik baik masuk gol…kalau tk bernasib baik..kena tiang gol….he3…
Suka tgk gol pertama pasukan Terengganu….mmg cantik la bola tu…![]()
Apapun rezeki berpihak kepada pasukan N9 utk menjuarai PIALA MALAYSIA 2011 musim ini…
Tapi ada juga penoyokong yg fanatik…sampai sanggup buat pelbagai perkara yg tk elok sebab nk membantah satu2 perkara yg mereka tk setuju…tujuan asal bersukan adalah mengeratkan silaturrahim…tp dh jadi sebaliknya kan…
Asal kalah kena kutuk, asal menang kena puji..patutnya yg kalah tu kena la puji juga kan…bg semangat utk buat yg terbaik lain kali…lagipun dh masuk peringkat akhir..bukan nya sampai suku akhir aje…dh ok la tu…
Kan Terengganu dh Menjuarai FA…bg la peluang kat org lain pula nk menang Piala Malaysia…tk baik tamak haloba….![]()
NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.
Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.
Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.
Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan
Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.
Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.
Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.
Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.
Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.
Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.
Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.
Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.
Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.
> Kosmo Online



6 comments
nuriz
October 31, 2011 at 9:01 PM (UTC 8) Link to this comment
tahniah negeri 9
nuriz recently posted..Majlis Pertunangan Erni Dekritawati Secara Tertutup
SyamilaMohd
October 31, 2011 at 11:38 PM (UTC 8) Link to this comment
trg pun tahniah juga…hik3
kakyong
October 31, 2011 at 2:00 PM (UTC 8) Link to this comment
x plan nak tgk bola final pun.. tetiba suami ajak g rumah adik dia.. rupanya depa 1 rumah layan bola.. kita pun layan jer la..
sedih sungguh la 1st goal n9 tuh.. camno si sharbeene leh terlepas…
sian penyokong Ganu.. muka sedih jer bila dah habis match.. adat sukan lah kan, ada menang, ada kalah..
kakyong recently posted..Tahniah Boboiboy dan Animansto Studios
SyamilaMohd
October 31, 2011 at 11:37 PM (UTC 8) Link to this comment
itula…tk pe la nk buat camne…tk de rezeki..
kakngah
October 30, 2011 at 1:13 PM (UTC 8) Link to this comment
tingat pulak kes bakar kerusi stadium dulu..
oh! sedey!
SyamilaMohd
October 30, 2011 at 2:54 PM (UTC 8) Link to this comment
sampai bakar kerusi..ishk3…teruknya…