Petua Tambah Susu



Salam Semua…

Lamanya tk update ni…bz nyer working mummy ni kan..hik3…sampaikan nk buat lawatan kt blog kawan2 pun tk sempat…

Hari ni pun curi masa nk update blog..kesian blog dh bersawang….lepas ni nk cuba juga update blog setiap hari..sekurangnya ada info terbaru kan…tak de la suam je blog daku ni..huhuhu…

Antibodi-Viaemma

Apa2pun setiap hari ada je pelawat datang sini baca entry lama..tp macam biasala…rata2 yg dtg adalah dari carian google…

 

 

Skrg ni kt ofis sya ada kawan yg berusaha utk BF sekurang2nya 6 bulan pertama….ada juga yg tk berapa nk sokong..yela kan..dorg cakap leceh..yg plg utama…malasssssssssss….tp bagi yg ada masalah kekurangan susu…yg tu nak wat camne kan..terpaksa la bagi susu formula..dh terpaksa..tp syg kan bg yg ada susu banyak..tp nk nak bg susu ibu…bila dh malas…tk boleh buat apa la…

Sama juga dgn pemakaian Cloth Diapers…walaupun boleh jimat kan duit dan alam sekitar dari pencemaran…tp sebab kan leceh nk buat sesi membasuh…geli tgk “poopoo” anak…dan malas…mmg tk blh buat apa juga…tak pe la kan…kita tk blh nak memaksa…

Apapun sya berjaya juga fully BF & dapat menggunakan Cloth Diapers 100% dirumah…cuma di rumah pengasuh je guna diapers utk pakai masa tidur…tp kt rumah mmg guna Cloth Diapers…skrg ni ira dh 4 thn lebih…guna Cloth Diapers hanya waktu malam je, tu pun tk de setiap malam CD basah…sesekali je bila kuat sgt minum air sebelum tidur…basuh Cloth Diapers pun 2 minggu sekali…hahaha….membazir lak basuh sket2 kan…baik kumpul banyak2 baru basuh sekaligus…

 

Apa2pun sya mmg sokong 100% bg ibu2 yg ingin buat penyusuan eksklusif..tp tak de la sampai memaksa…cuba dahulu..kuatkan semangat…lagipun SUSU IBU adalah yg paling berkhasiat dan bagus dari susu jenama mahal yg ada dipasaran…buat apa beli susu yg mahal kalau susu yg plg berkhasiat utk anak kesayangan kita adalah yg paling mudah didapati…mmg la susah dan leceh sikit bagi ibu bekerjaya…nk kena banyak bersabar dan kuatkan semangat…tapi apa salahnya berkorban sedikit utk kesihatan anak masing2kan…

Dibawah ni sya kongsikan sedikit info yg berguna utk ibu2 yg menyusu badan…khas utk semua… (terima kasih Mazlyna utk info yg sgt berguna)

images (6)

Pemakanan

1) Lobak Putih – Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
2) Sawi – Masak goreng tumis atau rebus.
2) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang – dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
4) Cekur Manis – masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
5) Kacang Hijau – bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
6) Kacang Tanah – kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
7) Daun Kucai – daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
8- Petola, bayam, daun turi – masak lemak manis

images (6)

Minuman
1) Minum susu – Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
2) Air masak – Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
3) Longan Kering – Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
4) Halba – rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
5) Oat – minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
6) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
7) Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
8- Soya – minum secawan sehari.
9) Kurma – makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
10)Madu – sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

images (7)

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing…. kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah…(bc selawat dulu)…insyaallah itu salah satu urutan utk BF

 

Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik – Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat – Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

Masa pengepaman

1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam…lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ….sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar…..nanti breast kita akan produce susu baru….istilah yg kita selalu guna mcm kita ‘buang sampah…sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah…pastu kita ganti dgn plastik sampah baru’ gitu jugak mcm air susu kita…bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu….lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering.jgn minum teh/nescafe taou…..mkn supplement jgn tinggal Ubat

@syamilamohd.com

8 thoughts on “Petua Tambah Susu

  1. Ummi Hanie October 4, 2011 at 9:00 am

    gud sharing ummi …

    tp hanie xpernah simpan stok susu sbb hanie kan SAHM 😉

    ape pun mmg nk kuat smgt bf ni … pahala pun byk kan…
    Ummi Hanie recently posted..Selamat hari tuaMy Profile

  2. ziela September 30, 2011 at 3:20 am

    bagusnya petua ni..sekarang ni sy bf kan 3 orang anak serentak…twins dengan abang yg sulong umur 2thn 6 bulan…dah x boleh nak buat stock dah sekrang ni..ngam2 utk kegunaan harian ajer..risau gak kalau tiba2 susu boleh kering…harap petua2 ni berguna utk saya
    ziela recently posted..Kami kembar tak seirasMy Profile

    • SyamilaMohd September 30, 2011 at 11:39 am

      3 org anak serentak tu…mmg bagus…harap2 production susu tk de la berkurang kan…insya allah…

  3. puanbee September 30, 2011 at 2:33 am

    saya amalkan makan kurma byk2.. entah lah walaupun anak tk mo menyusu dah tp masih ada susu lagi ni ..
    puanbee recently posted..Gambar pra perkahwinan Nabil dan Zira di I-city Shah AlamMy Profile

    • SyamilaMohd September 30, 2011 at 11:38 am

      bagus la tu..kawan kak sya dh cuba macam2 petua..tapi susu still kurang…bee kiranya bertuah la..

  4. umialya September 29, 2011 at 1:36 pm

    “jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering.jgn minum teh/nescafe taou…..mkn supplement jgn tinggal Ubat ‘

    Sya..
    Kesemuanya akak setuju cuma fakta di atas tu agak “kureenggggg” nak ikut sebab ais adalah minuman asasi kami anak beranak, supplementpun akak tak amalkan, apa2pun kesemuanya bergantung kepada kesesuaian individu

    • SyamilaMohd September 29, 2011 at 11:12 pm

      sya pun tk makan sebarang supplement kak…tp itula…setiap individu berbeza kan…ada tu yg amalkan banyak petua tapi susu tetap tk banyak….ada juga yg makan apa shj…tp susu banyak pula…

      sya pula…hanya perlu pastikan banyak minum air aje…ada juga masa susu tk banyak…sya amalkan minum air longan kering…alhamdulillah…skrg ni ira dh 4 thn lebih…dh stop bf pun…

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge