Ah…Leganya



Assalamualaikum…

Dekat stgh jam ahmad duduk dlm tandas…sejak kebelakangan ni ahmad selalu je sembelit…kesian lak terpaksa usaha lebih nk buang benda yg sepatutnya dibuang tu…bila dh habis buang…ahmad dengan muka gembira…”ah…leganya”… Big Grin

Ahmad sembelit sebab suka sgt tahan nk ‘berak’…bila dh tak tertahan baru la pergi bilik air…kadang2 tu 2 hari dia berusaha tahan…akhirnya bila hari ketiga baru la dh tk blh thn..cuba thn tp benda alah tu nk kuar jugak…jadi terpaksa la pergi bilik air…

sembelit

Dh jenuh bagitau jgn buat camtu…tp buat jugak…satu hari 2-3 helai seluar bertukar ganti…

Camne la nk buat ni yea…skrg ni dh umur 5 thn..dh sekolah pun…nampaknya kena byk guna psikologi la kan…kena banyak2 bersabar…

Jom baca info mengenai sembelit dan cara2 mengatasinya…

Sembelit

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih – yg ni ahmad lulus

Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.

Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.

Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat – yg ni pun ok sebab ahmad suka sgt mkn pisang

Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.

Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.

Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup – yg ni pun lulus..hari2 senaman…he3

Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap – yg ni tk berapa nk lulus..huhuhu

Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik – yg ni nak kena usaha sket…hik3

Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.

Sumber: Permata Hati, Utusan Malaysia (24/09/2006)

SyamilaMohd

9 thoughts on “Ah…Leganya

  1. Halley Leong March 10, 2015 at 2:23 pm

    Bby i skrg dah ade masalahe sembelit la, baru umur 4 tahun. Kesian i tgk kat dia susah nak buang air besar, tiap2 hari mesti nangis. T.T i ni sedih sebab kita org dewasa susah nak buang air pon rasa mau mcm nak mati, apa lagi bby yg masih kecik lagi. MIL i suruh i bagi susu tepung yg ade Prebiotics, kata dia bagus utk rawatan sembelit kanak-kanak. Tapi i x tau nak beli yg mana brand susu tepung, ade siape blh recommend susu tepung yg byk Prebiotics???

  2. kakyong July 25, 2011 at 7:37 am

    sya,
    pisang memang baik dimakan.. tp rasanya ade baca kat blog pija.. sbb baru ni anak dia sampai masuk spital, demam kerana sembelit.. pisang ni bila terlebih dimakan, boleh sebabnya sembelit.. so kena kawal juga makan pisang.. & bukan semua pisang mbantu melawaskan …

    • SyamilaMohd August 7, 2011 at 2:11 am

      camtu pulak yea…ahmad biasa makan pisang seminggu 2 kali je…

  3. puanbee July 23, 2011 at 1:36 am

    kesian , ank bee yg no 3 selalu sembelit dia tk suka minum air kosong payah
    puanbee recently posted..Puanbee Mencari Penaja Dan Sponsor Untuk Kontest Bulan Julai – OgosMy Profile

    • SyamilaMohd July 23, 2011 at 3:03 am

      mmg kesian kalau sembelit ni…camne nk buat kt ahmad ni yea…minum air mmg dh lulus..tp bab nak buang air besar tu yg problem…suka sgt thn…

  4. Ummi Hanie July 22, 2011 at 2:49 am

    siannn ahmad..saki tuu…

    sebut pasal smbelit jer teringat azabnye bile kena lepas brsalin…adussss ~
    Ummi Hanie recently posted..Follower ke-777 : UpProfitsMy Profile

    • SyamilaMohd July 23, 2011 at 2:59 am

      kak sya tk sembelit..sebab mmg makan ubat utk lembutkan najis…walaupun tk buang air besar 2-3 hari…tp najis lembut je…ok la

  5. keluargaku Syurgaku July 22, 2011 at 1:13 am

    Anak kak Nurul yg umur 2 thn lbh 2 pun selalu sembelit………dia pakai pampers lg dan klu ada tanda2 dia nak
    buang air besar 2 cepat2 le kak nurul cangkungkannya kat toilet……..

    • SyamilaMohd July 23, 2011 at 2:59 am

      ye ke…ahmad kalau hari sya cuti ok la..bila nampak je dia nk buang air besar…cepat2 pujuk pergi tandas…tp kalau hari bekerja mmg susah la..

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge