Penyusuan Susu Ibu



SEMAK ARAH KIBLAT PADA 28/5/2011

Promosi Mealshakes

Assalamualaikum…

Hari ni sekali lagi tuan2 dan puan2 boleh semak arah kiblat….sebelum ni sya terlepas…sedar2 dh lebih masa…masa tu sibuk buat apa ntah…sya pun dh lupa…

Kali ni tak tahu lagi sempat ke tak…sebab ptg ni ada program…harap2 sempat singgah kat mana2 tempat terbuka tgk arah kiblat…kompas arah kaabah pun sentiasa bawa…blh la rujuk kompas tu tgk sudut yg tepat ptg ni…Insya Allah…


Pada 28 Mei 2011 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2011 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.

Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,  matahari akan berada tepat atas Kaabah bagi tahun 2011 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah.

Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang  tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat.

Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan. 

arah kiblat

Cara menyemak arah kiblat ketika matahari berada betul-betul di atas kaabah ini ialah dengan cara melihat kepada bayang-bayang objek yang berdiri tegak 90 darjah. Tepat ketika ini juga, kalau kita pandang ke arah matahari bermakna kita sebenarnya sedang menghadap tepat ke arah kiblat. Sama-samalah kita menyemaknya pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang nanti.

Sumber : www.islam.gov.my & www.puanbee.com

SyamilaMohd

Tagged: , , ,

Comments: 6

  1. Ety May 28, 2011 at 9:33 am Reply

    Terima kasih atas infonya ye. Alhamdulillah saya telah sempat semak arah kiblat sebentar td. apabila terpadang matahari tersebut terasa kerdil dan betapa besarnya Keagungan Allah menghadap kiblat sebenar.

    • SyamilaMohd May 29, 2011 at 11:09 pm Reply

      alhamdulillah…sya tk sempat…sibuk kat dapur..tup2 dh terlepas 8 minit… :-(

  2. yanmie May 28, 2011 at 5:49 am Reply

    Salam, thanks utk perkongsian ini ;)
    yanmie recently posted..Gambar Yatt Haryati Bertudung Di Semanis KurmaMy Profile

    • SyamilaMohd May 29, 2011 at 11:06 pm Reply

      sama2…

  3. sarahnajwan May 28, 2011 at 5:32 am Reply

    tengs sya atas info ni..
    bole try check gak..
    sarahnajwan recently posted..-28 MEI 1999-My Profile

    • SyamilaMohd May 29, 2011 at 11:06 pm Reply

      check tk kak sarah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge