Menantu Yang Luar Biasa



 

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…"

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…

Sumber : SINI

SyamilaMohd

14 thoughts on “Menantu Yang Luar Biasa

  1. umialya April 29, 2011 at 12:07 pm

    ha3.. terkena
    umialya recently posted..Macam2 gayaMy Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:13 pm

      pandaikan dia…solat subuh ada 4 rakaat..itu je yg dia ingat bila dh lama tinggal…

  2. ila April 28, 2011 at 3:27 pm

    kantoi akhirnya…heheeh
    ila recently posted..Tak nak word verification di kotak komenMy Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:09 pm

      nak wat camne..camtu la bila tk pernah solat… lepas ni dh ok le tu..

  3. Mr.Kerro April 28, 2011 at 8:55 am

    hahaah kantoi tak semayang…hehehe
    Mr.Kerro recently posted..Aku Terima Nikahnya- Tidak Mudah Bagi Lelaki MelafazkannyaMy Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:09 pm

      bukannya tk pernah solat tu.kecik2 dh solat tp sebab dh lama tinggal…dh tak ingat le tu…yg ingat solat ada 4 rakaat je…

  4. puanbee April 28, 2011 at 7:38 am

    haa nampak sgt tk pernah sembahyang ..kihkih
    puanbee recently posted..Sekitar PMR 2011 Berita HarianMy Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:08 pm

      itula….cian lak kat dia….

  5. MamaYatie April 28, 2011 at 6:53 am

    kantoi sudah…kwang3x
    MamaYatie recently posted..Fobia Dengan Benda Nih!My Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:08 pm

      tak pe la kan..lepas tu blh belajar….tak kantoi lagi ler…

  6. zai April 28, 2011 at 4:15 am

    memang kantoi…..konon nak tunjuk pandailah tu….
    zai recently posted..Ucapan Tahniah Untuk Ibu-ibu dan Bakal IbuMy Profile

    • syamila April 29, 2011 at 2:07 pm

      ingat tak nak tunjuk la yg tk pernah solat…sekali kantoi daaa…

  7. Ummi Hanie April 28, 2011 at 3:56 am

    hahahha…kantoi…

    • syamila April 29, 2011 at 2:07 pm

      ingatkan nk gtaw terlebih solat…rupanya terkurang..ada 4 rakaat semuanya….hmmm…macam2 kan…

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge