Cacing oh Cacing….



Assalamualaikum….

Cacing oh cacing…byknya korang dok dlm tu yea…patutla Ira selalu je tak sihat..rupanya cacing sedang bermaharajalela kt dalam tu….

Takpe2…nanti kau cacing…jap lagi nk pergi ambik ubat….mlm ni tahule nasib kau cacing…Big Grin

Sebenarnya dh lama Ira tk makan ubat cacing…patutnya awal thn…tp cam biasa la kan..malas tul nak pergi klinik buat pemeriksaan kesihatan tahunan…bila dh keje ni lagi la..sebab lambat..jenuh nak tunggu giliran….nampaknya nak kena beli je la ubat cacing kat klinik…

Masa lunch nanti blh la beli 2 botol..satu Ira, satu Ahmad…

Jom baca info pasal cacing….

Cacing dan jangkitan

Dr Noor Aziah berkata, cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

"Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

"Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi:
A) Cacing gelang
     Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A – kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
     Penghijrahan cacing:
     Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti
     Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum’ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit
    Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom:
    * Kurang selera makan
    * Tumbesaran terganggu
    * Kerap muntah
    * Sakit perut
    * Kerap cirit-birit
    * Pucat
    * Gatal pada dubur

Sumber : http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=1131.0

SyamilaMohd

2 thoughts on “Cacing oh Cacing….

  1. kakyong72 February 21, 2011 at 3:22 pm

    oowhh bahaya ni..
    riso juga sbb anak2 belum penah kena cacing.. harap2 xde la..

    tp tingat masa kecik2 dulu, selalu kena cacing.. paling geli bila cacing gelang yg keluor… eiii.. x nak ingat…. ngeri sendiri…

    My recent post Tutorial – membuat text area &amp marquee image &amp text bergerak

    • syamila February 22, 2011 at 12:54 pm

      sya pun tak tahu ada ke idak….tp apa2pun ahmad & ira dh selamat minum ubat cacing…he3

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge