Tip kurang berat badan untuk pengantin



Tudung kanak-kanak


 

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)

 

Lapan tip pemakanan:

1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.

3. Tambahkan makanan yang berserat.

4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.

6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.

8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.

 

Lima tip cara bersenam pengantin:

1.  Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.

2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda. Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.

3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.

4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik. Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.

5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.

 

Sumber : SINI

 

SyamilaMohd


5 thoughts on “Tip kurang berat badan untuk pengantin

  1. suzuki fairings January 14, 2011 at 8:00 pm

    An attention-grabbing dialogue is value comment. I think that you must write more on this topic, it might not be a taboo topic however generally people are not enough to talk on such topics. To the next. Cheers

  2. ericoanaci November 15, 2010 at 1:08 pm

    akak npe akk tak join nuffnag?? kn org tgk blog akk leh dpt side income…
    My recent post Tip kurang berat badan untuk pengantin

    • syamila November 20, 2010 at 11:10 am

      dh join la….

  3. Myra Jay November 9, 2010 at 2:53 am

    info yg berguna. bukan utk pengantin baru je, yg dah jd pngantin lama pn leh cuba. hii

  4. has November 8, 2010 at 1:11 pm

    untuk yang dah jadi perantin, boleh amal tak? ekeke..
    My recent post MJ 2nd Giveaway

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge