5 Tips Asas Untuk Meningkatkan Ranking Anda Di Search Engine



 

Mendapat ranking yang baik di search engine adalah perkara penting bagi setiap laman niaga. Ini kerana peratusan pengguna internet yang mencari maklumat menggunakan search engine adalah tinggi. Jika laman niaga anda berada dalam ranking yang baik, iaitu ranking di muka pertama, peluang anda untuk mendapat trafik sangat tinggi. Di sini kami kongsikan 5 tips asas untuk meningkatkan ranking anda di Google.

 

1) Optimasikan kandungan laman niaga anda – Ini adalah perkara terpenting, kerana tanpa isi kandungan yang bagus, search engine tidak akan dapat mengenalpasti topik laman niaga anda. Semakin bagus isi kandungan anda semakin tinggilah peluang laman niaga anda berada di laman pertama search engine, ingat content is a king.

 

2) Gunakan Social Bookmark – Terdapat banyak laman social bookmark yang boleh anda gunakan untuk submit laman niaga anda. Jika anda mempunyai target pasaran tempatan anda boleh menggunakan laman social bookmark tempatan seperti Gengblogger & Myebuzz. Tetapi jika anda mempunyai target yang lebih besar dan global, gunakan laman social bookmark luar negara seperti Digg.com, Stumbleupon.com, Reddit.com etc

 

3) Membeli review dan iklan – Terdapat banyak laman-laman blog tempatan yang mempunyai nilai autoriti yang tinggi. Sangat bagus jika dapat membina link anda di laman-laman yang mempunyai link yang autoriti seperti ini, kerana ia akan menguatkan populariti link laman niaga anda di search engine. Anda boleh cuba bertanya pemilik laman-laman blog untuk membeli atau menyewakan iklan disitu. Untuk lebih efektif, gunakan iklan berbentuk text supaya mudah untuk search engine mengenalpasti laman niaga anda.

 

4) Meninggalkan komen – Salah satu teknik yang mudah dan efektif ialah meninggalkan komen di laman web yang anda singgah. Untuk lebih efektif tinggalkan komen di laman web yang berkaitan dengan perniagaan anda, contohnya jika anda berniaga tudung, komen di laman web yang sama. Selain menambah populariti link anda, ia juga dapat mempromosi laman niaga anda kepada umum, secara tak langsung mengeratkan hubungan dengan orang ramai.

 

5) Meletakkan link ke laman direktori – Kebanyakan laman web direktori di internet mempunyai nilai autoriti yang bagus. Tidak kurang juga dengan laman direktori tempatan seperti Blogmalaysia.com, Allmalaysia.info, Ntahla.net dll. Letakkan link laman web anda di sana, kerana biasanya direktori begini mempunyai nilai autoriti yang tinggi dan mampu memberi kekuatan kepada ranking laman niaga anda. Di samping itu, ia juga dapat menarik trafik ke laman niaga anda kerana biasanya pengguna internet gemar mencari laman web yang mereka inginkan di direktori.

 

This article was originally published in blog.lot.my

 

SyamilaMohd

4 thoughts on “5 Tips Asas Untuk Meningkatkan Ranking Anda Di Search Engine

  1. Ummi Hanie November 3, 2010 at 4:27 pm

    gud info,ummi !

    slmt mnaikkan ranking…

    blogshop hanie tu ntahle rankingnye..jarang cek ..hihi ;p

    • syamila November 5, 2010 at 8:27 am

      jom hanie….moga2 berhasil…

  2. isza76 November 3, 2010 at 2:57 pm

    info yang berguna.. trima kasih..

    • syamila November 5, 2010 at 8:27 am

      jom sama2 naikkan ranking…tp 2-3 hari ni tenet asyik masalah je….camne tu…huhuhu

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge