30 peratus gelatin kapsul ubat tidak halal



 

Kira-kira 30% daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan. “Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30% tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. “Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini. Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas. “Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

Sumber : SINI

p/s : daripada berita tadi…kebanyakan ubat adalah dari Kementerian Kesihatan…pihak terbabit masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak kementerian berkenaan isu ini..

hmm…ubat pun masalah jugak…skrg ni nk cari yg betul2 halal mmg susah walaupun kita tinggal dalam negara Islam… Sad smile

SyamilaMohd

6 thoughts on “30 peratus gelatin kapsul ubat tidak halal

  1. Abd Rahman December 21, 2010 at 4:09 am

    Assalamualaikum semua dan tuan punya blog,

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai senarai ubat daripada sumber babi di blog http://www.stormreaders.asia

    Buku “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif” mendedahkan lebih 90 jenis ubat mengandungi sumber khinzir dan fatwa-fatwa perubatan terkini. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran (MPH, Popular, Kinokuniya..)

  2. kakyong72 November 29, 2010 at 5:37 am

    dulu kakyong ade jual prduk jamu yg guna kapsul.. ade yg komplen jamu tu mahal.. memang la mahal sikit sbb kapsul tu beli dr pakistan.. nak dptkan yg halal kan.. ni owner yg beritahu…

    ni juga dilema pengusaha IKS melayu yg jual ubatan ni.. brg yg halal memang mahal.. tp sbb pk kan kepentingan ummah… pengguna semua nak yg murah2 jer…. camno…

    My recent post GA Teka &amp Menang Ibu3A

  3. eiela November 28, 2010 at 3:05 am

    sebenarnya banyak lagi ubat yang dikategorikan sebagai tak halal, tapi takde pilihan sebab yang untuk dapatkan yang halal agak mahal. Pesakit pun ambil je la. Doktor pun diamkan, kadang-kadang ada yang tak tau. macam insulin tuh dia pun ada campuran sikit2. saya pun tak tau sangat tapi tuh yg diceritakan oleh doktor sendiri. Wallahualam..
    My recent post Perjalanan Hidup Sebuah Blog

    • syamila November 28, 2010 at 5:34 am

      eh..ye ke…tp bukan salah pesakit tu sebab dorg tak tahu…nak dapatkan ubat yg 100% pun susah kan..huhu

  4. Ummi Hanie November 27, 2010 at 4:19 pm

    that's y ade sstgh org mmg tak mau ambik ubat2 spital ni ummi…

    alhmdllh la HALAGEL ada keluarkn kapsul halal kalo xsilap Hanie la…hurmm…nk mkn ubat pun kena hati2 kan ummi…
    My recent post Tercalon Blog Pilihan !

    • syamila November 28, 2010 at 5:36 am

      mmg ada yg halal..tp itula mahal la sket…tp kita kena la berkorban kan…tak pe la melabur sket..lagipun ubat ni kita makan…kalau dok makan yg tak halal je..macam mana hati nak bersih…kan hanie…huhuhu

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge