Tudung kanak-kanak


@Tips : Tips 7P Dalam Keluarga Bahagia

Salam semua…

Hari ni sya nak share tips 7P utk mencapai keluarga bahagia….tips ni dari Ustazah NorBahyah


Jom teruskan membaca…

PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Sumber : SINI

Sekian, sampai jumpa lagi…

Comments

  1. Tomato Gurl's Life says:

    tips yang sangat bagus..thanks akak 😉

  2. Myra Jay says:

    InsyaAllah amalan 7P hidup akan bahagia..TQ kak Sya

  3. umialya says:

    tk berkongsi info berguna ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge