Tudung kanak-kanak


Sistem Pendidikan Sedang Dicabul

Salam semua…

Lahirnya manusia-manusia bemasalah pada hari ini hasilnya daripada sistem pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan (bukan semua tidak baik ya, jadi tidak perlu bertekak).

Pelajar-pelajar SPM boleh sahaja dengan selambanya menggantikan pelajaran lukisan dengan agama Islam (ini perbuatan yang sangat menghina agama Islam). Sepatutnya pelajar Islam dipaksa mengambil mata pelajaran agama bukan diberi pilihan. Kerana agama itu makanan roh. Sakit roh hancurlah masyarakat. Kita sudah saksikannya hari ini.
Tidak perlu juga bertekak tentang ada yang belajar agama dan mengamalkannya tetapi jahat juga. Ya, memang diakui, orang belajar agama pun ada yang jahat. Tetapi peratus mereka apabila dibandingkan dengan yang tidak belajar agama dan mengamalkannya jauh sangat rendah. 
sumber – zalisa mazlan
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat “A” di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua “A” dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek “menolong Melayu” (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai ‘quick fix’ sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat “A” di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga “KPI” mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat “A”. Lagi pun ini untuk “membantu Melayu”, kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat “A” di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni…

sumber : malaysiakini


Sekian, sampai jumpa lagi…

Comments

  1. SYaMiLa says:

    cik tom ~ dunia skrg macam2 blh jadi kan…

  2. Tomato Gurl's Life says:

    entah la..nak komen banyak2 pun tak berani..ni la kot dunia moden..

  3. SYaMiLa says:

    umialya ~ entahla…tp cikgu tu gtaw pun saat2 akhir…mulanya soh baca lain, tup2 dh nk dekat exam, lain pulak ramalannya…he3…

  4. umialya says:

    syayg tu soalan ramalankan!!

  5. SYaMiLa says:

    umialya ~ sya pun no komen…he3…

    kak yong ~ agaknya..sbb skrg ni semuanya politik punya pasal…

    isza ~ dulu2 ada cikgu yg suruh baca itu ini..katanya yg tu la masuk exam..tup2 betul…camne tu…

  6. cikgu isza says:

    setuju ngan kak yong..selalunya bila kami semak kertas murid selepas UPSR.. ianya tak jauh beza dengan keputusan yang mereka perolehi bila UPSR keluar..entahlah perkara begini..setakat mana kebenaran.. kadangkala terfikir juga..

  7. kakyong says:

    kat perak ni tak pernah lagi dgr budak masuk asrama kena suruh balik sek biasa.. huhuuu.. sgt memalukan jika ini benar2 berlaku..tetapi isu2 di malaysiakini selalunya byk digembar-gembur utk tujuan politik.. susah nak pastikan ianya auta @ fakta…

  8. umialya says:

    ntah le.. mcm2 hal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge