Tudung kanak-kanak


Nyamuk transgenik jantan bunuh aedes betina

 

Salam Semua…

 

Jom kita sama ‘ternak’ nyamuk transgenik jantan.. sebabnya nyamuk trensgenik jantan ini berupaya mengawal nyamuk aedes dari membiak. Kajian terbaru telah berjaya menemukan teknik terbaru iaitu dengan mengubah suai genetiknya. Nyamuk aedes transgenik jantan akan membunuh aedes betina setelah proses mengawan, larva aedes juga turut mati sekaligus ianya dapat mengekang pembiakan nyamuk aedes.

 

Bimbang kan dgn nyamuk aedes ni…budak2 ni kalau kena gigit nyamuk je mula bimbang..sbb kat kg sya ni pun ada kes demam denggi…

 

Empat hingga 6 ribu ekor nyamuk transgenik jantan akan dilepaskan di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka bagi kajian mengawal pembiakan aedes. Uji kaji itu yang pertama di lakukan selepas kajian makmal menunjukkan nyamuk transgenik jantan mampu membunuh nyamuk aedes betina.

 

 

images (1)

 

Nyamuk transgenik jantan ialah nyamuk Aedes Aegypti.  Yang telah diubah suai secara genetik. Ia membunuh nyamuk aedes betina selepas proses mengawan. Larva aedes turut mati sekaligus mengekang pembiakannya.

 

Pelepasan 6 ribu nyamuk transgenik jantan di alor gajah melaka dan bentong pahang tidak akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia.

 

LETCHUMANAN RAMATHA / KETUA PENGARAH BIOKESELAMATAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

"Segala uji kaji peringkat awal telah dijalankan dan data-data telah diperolehi dengan secukupnya. Tujuan uji kaji lapangan ini adalah untuk membuat perbandingan dan penilaian terhadap usia dan jarak sebaran nyamuk transgenik ini dengan nyamuk liar. Uji kaji ini tidak mempunyai sebarang risiko, kerana ia akan dipantau secara rapi di setiap peringkat pelepasan."

 

Jelas beliau lagi, penduduk dari kawasan tapak uji kaji akan di beri kesedaran mengenai kajian yang dilakukan.

 

Uji kaji dijangka dijalankan sebulan bermula November ini atau awal Disember.Kajian yang di jalankan di Kepulauan Cayman menunjukkan pelepasan nyamuk transgenik adalah selamat dan berkesan mengawal pembiakan Aedes.

 

Sumber : SINI

 

SyamilaMohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge