Tudung kanak-kanak


KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR(KWAMP)

PENDAFTARAN SKIM KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR(KWAMP)2011 DAN SKIM BANTUAN TUISYEN(SBT)2011 MELALUI PORTAL ekasih

 

Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.

 

Ibu Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.

 

Siapa yang layak mendaftar?


Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.

 

Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.

 

Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.

 

Pemakluman Mengenai Kemiskinan


Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.

 

Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: www.ekasih.gov.my.

 

Credit kepada ELLEN

SyamilaMohd

Comments

  1. umialya says:

    masalahnya.. kebanyakan mereka yg berpendapatan rendah, tinggal pulak dikaw. pendalaman yg jauh dari kemudahan infrastruktur, maner le ke retinya Internet?? susah le kalu gini, kesian kt mereka.. untungnya bg mereka yg terdedah kpd media massa.
    My recent post Bebas Lampin – berjaya!!

    1. syamila says:

      betul tu kak…nk kena pikirkan sesuatu supaya yg kt pedalaman pun dpt info ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge