Tudung kanak-kanak


Berbelanjalah Secara Bijak….Anda Mampu Mengubahnya…

 

Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

     

    • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.

    • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.

    • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.

    • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.

    • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).

    • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.

    • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.

    • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.

    • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.

    • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

    • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.

    • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.

    • Jangan terpengaruh dengan iklan.

    • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.

    • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.

     

    Sumber : SINI

     

    Syamila :

    Ramai ibu2 yg berbelanja sakan bila tiba musim raya..sehingga sanggup berhutang semata2 semua nk serba baru…lepas raya masing2 ikat perut…bg yg mampu tak salah..tp mereka yg berpendapatan sederhana…berbelanja la dgn bijak…jgn tengok org yg lebih berada dari kita, selalu la lihat mereka yg nasibnya lebih teruk dari apa yg kita ada skrg..baru kita bersyukur dgn apa yg ada….Insya Allah…

    (pujuk diri sendiri jugak jgn terpengaruh….he3…so far so good…)

     

    SyamilaMohd

     

    Comments

    1. cik tom says:

      tips yg bagus akak..ciktom mmg suka rancang dulu apa2 perbelanjaan..pastu survey harga..br beli..hihi 😉
      My recent post Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas

      1. syamila says:

        akak pun camtu jugak…tp selalu nye ada jugak beli diluar perancangan asal…he3…tp masih lagi dlm budget la…

    2. ibu damia says:

      memang bagus tips ni…tapikan tapikan…kalau dah memang suka nak shopping tu….memang tips2 cam ni setakat ingat gitu2 jer lah…berapa ramai yg nak praktikkan terutama tang "belilah barang yang perlu sahaja"..hehe

      p/s: ayu tag awak buat contest candid kamera….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge