Tips latih anak berpuasa



TIPS LATIH ANAK BERPUASA:

1. Mula dari usia 3 – 5 tahun .Anak saya yang sulung berusia 3 tahun mula berpuasa penuh dan adiknya, berusia 5 tahun ( bukan nak menunjuk, nauzubillah tetapi sebagai galakan kepada jelitawans)

2.Puasa sekerat hari, kalau mereka larat, puasa penuh


3. Minta kerjasama guru tadika atau taska dengan memaklumkan bahawa anak kita berpuasa. Jangan diberi makanan atau minuman selagi mereka boleh bertahan.

4. Kejutkan mereka bangun sahur, kalau mereka mengantuk atau tak larat, dukung mereka ke meja makan dan suapkan mereka.

5.Pastikan mereka diberi minum air kosong yang banyak, bukan air manis atau ais.

6.Bila anak berpuasa, jangan tunjuk makanan atau minuman yang boleh mengkecurkan air liur mereka.

7. Bila anak mengeluh lapar atau dahaga, pujuk mereka baik – baik, minta mereka bersabar.

8. selalu puji mereka dengan mengatakan mereka anak yang soleh, anak yang baik, anak yang kuat, anak yang power atau apa saja.

9. Tanya mereka apa yang mereka nak makan dan minum bila berbuka nanti.

10.Masak atau beli makanan dan minuman kesukaan mereka bila mereka berpuasa sebagai ganjaran dan galakkan.

11.Selepas tengahari membawa ke petang adalah masa genting. Mereka akan mula meminta berbuka puasa. Di sinilah kebijaksanaan jelitawans untuk memujuk mereka meneruskan puasa.

12.Sibukkan mereka dengan aktiviti seperti menonton rancangan yang berfaedah di TV, melukis, membaca atau tidurkan mereka.

13.Selepas asar, mandikan mereka dan pujuk mereka waktu untuk berbuka dah hampir.

14. Minta kerjasama suami, bawa anak pusing – pusing atau jalan – jalan sebelum waktu berbuka. Untuk mlalaikan mereka dari mengingati lapar dan dahaga.

15. Suami boleh bawa mereka ke kedai untuk membeli makanan dan minuman yang mereka suka untuk berbuka nanti. Tunaikan saja apa yang mereka minta melainkan makanan yang tidak berkhasiat.


16.Elakkan makan minum depan anak – anak ketika bulan anda sedang mengambang. Tidak baik ,tidak malu dan tidak hormat anak yang berpuasa.

17. Beri ucapan tahniah , peluk dan sayang mereka walau berapa jam pun mereka berpuasa.

18. Ini semua latihan untuk berpuasa saja, janganlah serius sangat…hehehe

19.tetapi amat digalakkan anak berpuasa penuh di hari pertama mereka berpuasa. insyaALLAH, hari – hari seterusnya mereka akan berpuasa penuh dengan sendiri.

20. Jangan lupa beri mereka ganjaran sebagai hadiah berpuasa di Hari Raya nanti. InsyaALLAH mereka akan sentiasa menanti bulan ramadahan dengan penuh gembira dan tidak sabar – sabar berpuasa.

21. Selepas ini, anak jelitawans boleh berpuasa penuh dengan tidak mengharapkan apa – apa ganjaran lagi kerana keseronokan, kegembiraan dan keindahan berpuasa sudah dapat mereka rasai.

22. Berpuasa melatih ketahanan mental dan fizikal anak  seterusnya menguatkan keimanan dalam diri mereka. Mengajar mereka bersabar dan tahan diuji dalam kesusahan dan kelaparan.

23. Walaubagaimana pun , jelitawans mesti memastikan anak – anak mendapat cukup makanan dan minuman sewaktu di malam hari. Sentiasa pastikan mereka makan dan minum  dengan bilangan yang sedikit tetapi kerap.

24.Jelitawans akan penat sikit dalam melatih mereka berpuasa tetapi berbaloi. Satu kepuasan yang tidak terhingga kerana berjaya mendidik anak berpuasa.

25.ingin anak soleh dan solehah tidak semudah diucapkan, tidak semudah memetik jari, harus diusahakan dan dilatih dari awal.

sumber : http://melurjelita.com/?p=792

p/s : anak2 sya ahmad (4thn) & ira (3 thn)…sya lum ajar puasa lagi….kesian kt budak2 tu..lgpun sya pun start pose penuh darjah 2…masa darjah satu byk yg separuh je…last2 tk dpt duit raya…huhuhu…nk duit raya nye pasal…masa darjah 2 nekad pose penuh..akhirnya berjaya… =)
 

2 thoughts on “Tips latih anak berpuasa

  1. SYaMiLa August 19, 2010 at 8:26 am

    hanie ~ tak la..lupa nk add entry kt bwh tu..he3…tp mmg ramai yg ajar anak2 pose awal…tp sya tk termasuk dlm category tu…kesian tgk dorg penat thn lapar…biarla budak2 tu sekolah dahulu..nanti baru ajar…ramai jugak yg start pose awal..tp bila dah besar panjang..tk pose jugak…yg penting didikan agama…bila mereka dah faham apa ertinya berpuasa & kenapa kita perlu berpuasa….masa tu blh la mula belajar berpuasa..

  2. Ummi Hanie August 19, 2010 at 8:17 am

    ummi ni mcm tau2 je gelora di hatiku skrg…mmg hanie nk posting entry berkaitan benda ni tp bz xsempat2 nk ngadap blog aje,benda len nk ditengokkn juge..huhu..nice infos herebagus laa ank ummi awal2 dah puasa penuh!anak2 hanie idak lagi..sedey sket nih 🙁

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge