Tudung kanak-kanak


Petua Cegah Kanser

Salam,

Hari ni sya nk kongsikan satu petua…sya sebelum ni pun pernah mengidap breast cancer..sampai sktg tk blh makan kulit ayam, kerang, sardin dll makanan yg bisa…so anda di luar sana berhati2 dari skrg…beringat sebelum kena…

Petua Mengelakkan Barah 

    1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang. (ok..)
    2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel. (yg ni susah sket..sbb mmg tk suka tomato….he3…)
    3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat. (ok..)
    4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain. (ok..)
    5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser. (ok..)
    6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak. (ok..)
    7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser. (ok..)
    8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. (ok..)
    9. Dapatkan omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas. (ok..)
    10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas. (ok..)

lagi petua blh klik kt sini http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html

Comments

  1. SYaMiLa says:

    penah kena masa belajar dulu…dh ok skrg ni…alhamdulillah…

  2. Ummi Hanie says:

    ummi penah kena?so mcmmane skrg?dah ilang terus ke?thanx 4 sharing these…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge