Budak 2 Tahun Tertinggal di Pasar Minggu

Bismillah….pagi jumaat kebiasannya kami akan ke pasar minggu atau lebih dikenali pasar pagi. Tujuan utama beli barang basah namun hari ni nak cari tupperware dan buah2an segar aje…

Tetiba dengar tangisan anak kecil dalam lingkungan 2 tahun, lebih kurang my baby umar. Kesian tengok budak tu, nangis sakan sambil ditemani oleh seorang pakcik. Dorang tak gerak kemana2 sebab takut susah pula ibu budak tu nak cari nanti. Pakcik tu pujuk budak tu tunggu ibu kat situ je. Tapi budak 2 tahun, apa la yang mereka faham kan. Selagi tak jumpa ibunyer, nangis je la yang dorang mampu buat.

crying-featured

Budak2 lingkungan umur camtu pula, tengah lasak lagi tak tahu apa…kerja mereka nak meneroka…sebab tu umar tak bagi jalan sendiri, kena duduk atas stroller…senang ummi nak shopping. Kalau bagi dia jalan, memang tak de jalan ummi nak pilih barang sebab kerja ummi pantau dia nak capai itu ini dan main kejar2.

Kak una pula dah 4 tahun, tapi wajib jalan pegang stroller. Jadi sepanjang masa anak2 ada depan mata ummi. Kakak dan abang je jalan seiring dengan ummi. Tapi walau pun dorang dah besar, tapi tetap kerisauan tu ada. Setiap masa mata melilau depan belakang pastikan anak2 sentiasa ada. Apapun, walau kita dah ambil langkah berjaga2, musibah yang tak diduga tetap terjadi. Banyakkan berdoa semoga keluarga dilindungi. Amiiinnn.

Dalam perjalanan pulang nampak budak tu dah dalam dakapan ibu tapi masih lagi menangis. Alhamdulillah. Trauma lagi kot sebab kehilangan ibu tadi. Tak boleh bayangkan perasaan sikecil masa tu kan.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Website Security Test